Wednesday, April 13, 2011

berguna atau tidak berguna

bismillah~
Hanya puji atas allah yg selayaknye menerima segala pujian
hanya satu keesaan sahaja yang boleh di letakkan yakni allah
hanya satu maha sanjungan yg hanya di letak pada allah.
segalanya hanya allah sahaja yg mernerima sebaiknya

syukur atasNya jualah kita masih lg berupya bernafas dan hidup subur pada hari ini

cube kite lihat n perhati dan terus dalami

byknya kenikmatan yang kita dapat pada hari ini walhal jika di lihat kita x punya apa-apa ketika tiba di dunia ini.

subhanallah.

uish...panjangnye muqadimahnye. heheh

tapi tulah yg sy rasa...sgt2 bersyukur.

jika di lihat ragam manusia zaman ini, di perhatikan ramai2 yg seangkatan dengan sy sibuk dengan pembelajaran. assignment...mid term, test, final exam, project, field trip etc. mmg byk sgt sehingga x punya masa utk berbuat perkara lain(kononnye)...ade je mase utk berfacebook kan? hehe (^^)

setiap dari kita sentiasa berusaha untuk menuntut ilmu....cuma yg membezakan nye ialah:

a) ilmu yg berguna
b) ilmu yg x berguna

cube kite bertanya pada kebanyakan org yg berkerja...berapa percent kah mereka mengaplikasikan apa yg mereka belajar ketika di sekolah dulu? berapa ramaikah yg menggunakan ilmu yg mereka dpt dahulu?

tatkala kita mengatakan apa yg kita perbuat ini kerana allah...cube kita tanye semula pada diri kita..apakah yg sebenarnya yg allah lihat untuk berada dalam diri hamba-hambanya?

adakah allah melihat ilmu yang begitu tinggi?
adakah allah melihat pada hasilnya?
adakah allah melihat pada hatinya?
or adakah allah melihat pada perbuatan hamba2nya?

allah hanya melihat ketaqwaan sahaja dari hamba2nya.

taqwa yg bagaimana pula??

taqwa yg dimana..dengan ketaqwaan ini, lahirlah hati yg ikhlas berbuat sesuatu kerana cintakan allah,
dengan ketaqwaan ini, akan lahirlah akhlak yg di sukai allah
dari ketaqwaan inilah akan lahir peribadi yang di sukai oleh allah
dan dari ketaqwaan inilah akan lahir AMAL yang di perbuat semata kerana allah.

tidak boleh di katakan org itu bertakwa jika dia sendiri tidak menunjukkan taqwa di depan allah

tidak juga boleh dikatakan beriman seseorang itu selagi mana dia tidak MENUNJUKKAN bahawa dia punyai IMAN.

subhanallah.

yang pasti setiap pengetahuan yg kita ada x bernilai di sisi allah selagi mana ia tidak boleh d amalkan dan membawa manfaat pada manusia. hidup akan sia2....habis begitu sahaja tanpa punya nilai di sisi yg esa.

wallahualam




0 comments:

Post a Comment

Date and Time

Digital Clock


 

Design by Amanda @ Blogger Buster